Home Nasional CGPA 4.0 bukan lagi jaminan dapat kursus perubatan

CGPA 4.0 bukan lagi jaminan dapat kursus perubatan

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching ketika menghadiri sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 OGOS 2018
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR – Keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 tidak lagi menjamin mendapat tempat di universiti awam (UA) bagi kursus perubatan kerana tempat yang terhad.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, ketika ini hanya 11 UA menawarkan sejumlah 484 tempat bagi kursus perubatan.

Namun jelas beliau, jumlah pemohon yang membuat permohonan bagi kursus perubatan sebanyak 2,730.

“Ramai pelajar yang minat kursus perubatan dan sebanyak 11 UA menawarkan kursus tersebut.

“Mengikut data saya pada tahun ini, sebanyak 484 tempat ditawarkan berbanding 2,730 pemohon.

“Maksudnya 80 peratus pemohon akan kecewa tidak dapat tempat ke UA. Jadi yang dapat keputusan CGPA 4.0 bukan kepastian untuk mendapat kursus perubatan.

“Ini kerana tempat kurang, pemohonan ramai dan yang dapat CGPA 4.0 pun ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media di lobi Parlimen di sini hari ini. – MalaysiaGazette