Home Dunia Gagal kawal kebakaran, ketua polis dan bomba ditukar

Gagal kawal kebakaran, ketua polis dan bomba ditukar

Api marak di Neo Voutsa, kawasan pinggir bandar Athens. foto BBC

ATHENS –

 

Jawatan tertinggi itu diterajui oleh timbalan masing-masing.

Pelantikan itu dibuat selepas peletakan jawatan Menteri Perlindungan susulan kritikan rakyat yang tidak berpuas hatiĀ  terhadap kerajaan dalam menangani kebakaran besar-besaran yang melanda Athens.

Kebakaran yang masih gagal dikawal itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 90 orang.

Angin kencang menyebabkan api marak dengan cepat dari Semenanjung Attica ke Mati.

Mati adalah lokasi resort pelancongan yang popular, dilaporkan terjejas teruk.

Beratus-ratus penduduk terpaksa berlindung di kawasan pantai ekoran api semakin marak dan kebanyakan penduduk terperangkap dalam kebakaran.

Di satu kawasan, sebanyak 26 mayat orang dewasa dan kanak-kanak yang maut telah ditemui.

Kerajaan mengatakan kebakaran berpunca daripada pembinaan haram hingga menyekat laluan orang ramai untuk melarikan diri. – MalaysiaGazette