Home Nasional DoJ mahu gantung prosiding mahkamah ke atas kapal Equanimity

DoJ mahu gantung prosiding mahkamah ke atas kapal Equanimity

Kapal Equanimity yang dikaitkan dengan Jho Low. foto Agensi

KUALA LUMPUR – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mahu menggantung prosiding mahkamah di negara yang berkaitan dengan kapal mewah Equanimity.

Dalam notis yang difailkan di mahkamah, DoJ berkata, Kerajaan Amerika Syarikat telah mengetahui bahawa kapal layar defendan telah dikeluarkan oleh Kerajaan Indonesia kepada Malaysia dan telah meninggalkan perairan Indonesia, lapor Malaysiakini..

Dalam pemahaman DoJ, waran telah diperoleh Indonesia untuk penyerahan.

“DoJ mencadangkan agar semua prosiding dalam tindakan ini digantung untuk memberi kerajaan dan pihak yang berminat untuk menuntut untuk bertanya kepada Malaysia melalui saluran formal apakah yang dikehendaki dengan kapal milik defendan,” kata DOJ dalam notis yang difailkan di Mahkamah Daerah California Tengah.

Equanimity yang dibernilai AS$250 juta itu dijangka tiba di Pelabuhan Klang selepas berlayar dari Batam, Indonesia.

Kapal itu dikaitkan dengan Low Taek Jho atau Jho Low, individu paling dikehendaki untuk siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kapal Equanimity disita di Bali pada Februari lalu atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada siasatan skandal 1MDB.

Namun, mahkamah Jakarta mengisytiharkan kapal tersebut telah disita secara salah dan akan diserahkan semula kepada pemiliknya.

Tetapi Equanimity tidak dibenarkan meninggalkan Pelabuhan Tanjung Benoa.

Bulan lalu, kapal itu sekali lagi disita atas selepas menerima permohonan Amerika Syarikat.

Reuters melaporkan keputusan Kerajaan Indonesia menyerahkan kapal tersebut kepada Malaysia atas permintaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melawat Indonesia Jun lalu. – MalaysiaGazette