Home Nasional Laporan akhir Majlis Penasihat Kerajaan hampir selesai – Liew Vui Keong

Laporan akhir Majlis Penasihat Kerajaan hampir selesai – Liew Vui Keong

KUALA LUMPUR, 12 Mei -- Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin (kiri) mempengerusikan mesyuarat tertutup Majlis Penasihat Kerajaan malam ini. Turut hadir (dari kanan) bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Merican dan pakar ekonomi Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram. Mereka merupakan antara lima pakar terkemuka termasuk tokoh korporat Tan Sri Robert Kuok yang mengisi jawatan dalam majlis itu. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Kerajaan dijangka menyerahkan penemuan dan cadangan berhubung pelbagai isu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinet dalam masa terdekat ini.

Menteri di Jabatan , Liew Vui Keong, Majlis Penasihat Kerajaan sedang dalam peringkat akhir melengkapkan laporan untuk dibentangkan kepada kerajaan sebelum menghampiri 100 hari yang di janjikan.

“Jawatankuasa ini ditubuhkan berlandaskan 60 janji dalam manifesto Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung isu ekonomi serta kewangan dengan menemui pelbagai pihak berwajib serta agensi dan institusi berkaitan.

“Kerajaan dengan barisan Kabinet akan meneliti setiap cadangan serta syor dan pengamatan sebelum sebarang keputusan di ambil dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dibangkitkan oleh Maria Chin Abdullah (PH-PKR) berhubung bila laporan terakhir dan laporan tambahan Jawatankuasa Reformasi Institusi kepada Majlis Penasihat Kerajaan akan didedahkan kepada orang awam dan Ahli Parlimen.

Tambah, Ahli Parlimen Batu Sapi itu (PH-warisan), laporan terakhir bakal didedahkan dalam masa terdekat selepas berakhirnya tempoh 100 hari kepada orang awam sejurus keputusan diambil oleh kerajaan.

Majlis Penasihat Kerajaan ditubuhkan pada 12 Mei oleh Tun Mahathir Mohamad untuk bertindak sebagai penasihat mengenai isu ekonomi, kewangan dan perkara-perkara lain.

Majlis itu dianggotai lima ahli iaitu Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Robert Kuok, Tan Sri Hassan Marican dan Prof Jomo Kwame Sundaram.

Hari terakhir Majlis Penasihat Kerajaan adalah pada 22 Ogos. – MalaysiaGazette