![MGF07082018_NAJIB RAZAK SPRM KL_03 Kenderaan putih jenis Toyota Vellfire yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan tiba di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd di Akademi Pencegahan Rasuah (MACA), Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 OGOS 2018](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2018/08/MGF07082018_NAJIB-RAZAK-SPRM-KL_03-640x427.jpg)
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil masa selama sejak untuk memberi keterangan terhadap siasatan kes SRC International Sdn. Bhd. (SRCI).
Beliau meninggalkan bangunan Akademi Penceghan Rasuah Malaysia (MACA) pada jam 5:47 petang.
Kes tersebut disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2011 (AMLA).
Beliau dijangka didakwa dengan tiga lagi tuduhan membabitkan kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.
Pada 22 Mei lalu, Najib buat pertama kali diarah ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk memberi keterangan terhadap siasatan kes SRCI dan proses tersebut berlanjutans selama tiga hari.
Bekas Perdana Menteri itu yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi pada 3 Julai atas tiga pertuduhan pecah amanah sebanyak RM42 juta dan satu pertuduhan menyalahguna jawatan tidak mengaku bersalah. – MalaysiaGazette