LONDON – Bekas juara 400 meter dunia Nicholas Bett meninggal dunia dalam satu kemalangan semalam, lapor The Guardian.
Pemenang pingat emas Kejuaraaan Dunia itu terlibat dalam satu kemalangan apabila kenderaan yang dipandunya terbabas.
Kejadian berlaku sehari selepas Bett kembali daripada satu kejohanan di Nigeria.
Pelari Kenya itu melakar sejarah ketika Kejuaraan Dunia di Beijing China pada tahun 2015 apabila merangkul pingat emas pertama untuk negaranya.
Walaupun gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016, Bett berjaya menamatkan saingan di tempat kelapan pada Sukan Komanwel di Australia April lalu. – MalaysiaGazette