KUALA LUMPUR – Penyanyi Shiha Zikir mula hilang sabar dengan gelagat seorang rakannya yang enggan membayar semula hutang yang pernah dibuat oleh individu itu.
Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 29, berkata, dia kini memberi tempoh seminggu kepada individu berkenaan kerana terus berdiam diri dan menghilang apabila ditanya tentangĀ hutang berkenaan.
“Terima kasih kerana menipu dan bawa lari duit saya, hilang tanpa berita. Lepas Shiha bagi pinjam duit, kami selalu jumpa, tak rasa bersalah ke dengan saya? Waktu nak hutang bagi alasan macam-macam.
“Sentuh soal anak bini, saya pun tolong ringankan beban dia. Dah tolong, liat pula nak bayar. Dah liat nak bayar menipu pula,” tulisnya di Instagram.
Shiha menjelaskan, usaha menjejaki rakannya masih tidak membuahkan hasil walaupun sudah bertemu keluarga individu itu.
“Kalau semua tak diselesaikan dalam minggu ni dalam masa yang sama masih hilang tanpa berita. Isnin depan saya tak teragak-agak buat laporan polis dan muat naik gambar di media sosial dengan harapan dapatlah cari awak.
“Semalam dah jumpa anak bini pun tak tau dia pegi mana,” ujarnya. – MalaysiaGazette