LONDON-Pemenang hadiah Nobel, Marie Curie terpilih sebagai wanita paling berpengaruh dalam sejarah hasil kejayaannya dalam penyembuhan kanser.
Pembaca-pembaca majalah BBC History mengundi saintis kelahiran Poland itu sebagai pemenang di antara 100 wanita yang telah mengubah dunia selepas menjadi individu pertama yang memenangi dua Hadiah Nobel serta hasil kejayaannya di dalam penyelidikan radioaktif.
“Kita perlu memberi penghargaan kepada pemikir terhebat seperti Marie Curie dan kita perlu meraikan sejarah yang kaya dan pelbagai yang telah ditinggalkan kepada kita serta menggunakannya untuk memberi inspirasi kepada masa depan mengenai inovator wanita,” kata jurucakap Fawcett Society, Heenali Patel.
Pengundian dilakukan di tengah-tengah usaha meningkatkan perwakilan wanita di Britain dan debat mengenai jurang gaji mengikut jantina.
Selain Curie, antara tokoh lain yang tersenarai adalah pakar komputer Ada Lovelace dan pakar kimia British yang menyumbang mengenai pemahaman mengenai DNA, Rosalind Franklin.
Menurut Fawcett Society, hanya terdapat tokoh sains yang boleh menjadi ikutan wanita-wanita muda kerana hanya sekitar 13 peratus sahaja pekerja wanita di Britain yang terlibat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).- MalaysiaGazette