TERKINI : Tun M Teruja Lihat Kapal ‘Curi’

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan sebarang tempoh tertentu untuk Jho Taek Low atau Jho Low menuntut kembali kapal persiaran mewah Equanimity yang didakwa miliknya itu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, kerajaan perlu menjual kapal mewah itu secepat mungkin untuk mengurangkan kos penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung kerajaan.

“Tiada tempoh masa tertentu, kita akan jual kapal itu secepat mungkin. Selenggara kapal itu di sini (Malaysia) menelan kos RM3 juta sebulan yang kita terpaksa tanggung. “Sebab itu kita mahu jual secepat mungkin.

Kita terpaksa belanja wang yang banyak untuk menyimpan kapal itu dalam keadaan baik, ia bukan kapal biasa tapi kapal besar, semuanya ada di sana,” katanya pada sidang media di Terminal Boustead Cruise Centre hari ini.