Home Nasional Equanimity: Mahkamah AS belum buat keputusan, Malaysia berbohong

Equanimity: Mahkamah AS belum buat keputusan, Malaysia berbohong

Kapal mewah ‘Equanimity’ yang dijual secara kehakiman oleh Mahkamah Admiralti Malaysia pada harga AS$126 juta,.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir didakwa berbohong apabila mendakwa Kerajaan Amerika Syarikat telah membuktikan kapal mewah Equanimity telah dibeli daripada wang yang dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli perniagaan, Low Taek Jho berkata, ini kerana kes membabitkan Equanimity masih lagi ditangguhkan di mahkamah Amerika Syarikat.

Malah, Low yang dilebihkan dikenali sebagai Jho Low mendakwa mahkamah Amerika Syarikat belum membuktikan apa-apa.

“Sebenarny Amerika Syarikat memfailkan tuduhan yang tidak terbukti dalam aduan perdebatan sivil lebih daripada satu tahun yang lalu. Ia kemudian menghentikan prosiding sebelum mana-mana pihak mempunyai peluang untuk bertindak balas,” kata jurucakap Jho Low dalam satu kenyataan.

Bloomberg melaporkan peguam-peguam Jho Low telah memfailkan kes di Mahkamah Persekutuan Los Angeles Khamis lalu untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan Kerajaan Malaysia yang berterima kasih selepas Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) berkata ia tidak terlibat dalam pemindahan Equanimity ke Malaysia.

Malah, jurucakap Jho Low mendakwa Dr Mahathir tidak mengendahkan undang-undang demi kepentingan politik.

Katanya, tindakan Malaysia mengambil kapal itu sebagai tidak sah dan mustahil dapat menjualnya kerana persoalan undang-undang masih terbuka dan kesan terhadap undang-undang untuk pemilik baru,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir berkata, Malaysia berhak untuk menyimpan atau menjual Equanimity kerana ianya dibeli hasil daripada wang yang dicuri dari 1MDB.

Jurucakap Low juga mendakwa, walaupun Amerika Syarikat mengatakan dalam pengaduan mahkamah ia tidak tahu tentang penyitaan Equanimity, Peguam Negara Malaysia berkata, ia dilakukan selepas “rundingan sensitif dan halus dengan Amerika Syarikat”.

Jurucakap Jho Low berkata, ini menunjukkan Kerajaan Malaysia telah berbohong dan meletakkan perkataan ke dalam mulut Amerika Syarikat.

Tambahnya, kenyataan salah oleh Malaysia itu memalukan Amerika Syarikat yang sebelum ini mendakwa tidak ada penglibatkan dalam rampasan secara haram ke atas kapal tersebut  dan kes akan dikemas kini di Mahkamah Amerika Syarikat pada 17 Ogos ini,” kata jurucakap Low.

Kapal layar bernilai AS$ 250 juta (RM1.02 bilion) kini berlabuh di Terminal Boustead selepas tiba dari Indonesia Selasa lalu.

Equanimity disita oleh Kerajaan Indonesia pada 28 Februari lalu di Bali atas arahan pihak berkuasa Amerika Syarikat bagi siasatan 1MDB. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.