Home Dunia Lelaki curi, hempas pesawat kecewa

Lelaki curi, hempas pesawat kecewa

Pesawat yang dicuri terbakar sejurus terhempas di Pulau Ketron. foto CBS

SEATTLE – Lelaki yang mencuri sebuah pesawat dari Lapangan Terbang Seattle dan kemudian terhempas merupakan seorang individu yang kecewa.

Ia berdasarkan transkrip perbualan Richard Rusell dengan pengawal trafik udara pada hari kejadian.

Transkrip perbualan antara Rusell dan pengawal trafik udara mendedahkan lelaki itu yang tidak tahu tentang operasi pesawat telah terkejut dengan prestasinya.

Katanya, dia seorang lelaki yang kecewa dan tidak berhasrat untuk melukakan hati mana-mana pihakĀ  dan meminta maaf.

RusellĀ adalah seorang pekerja yang berkelayakan penuh.

Pemuda berusia 29 tahun itu bekerja untuk Horizon Air lebih tingga tahun lalu, bertugas menunda, membersihkan pesawat dan mengangkut bagasi.

Rusell mencuri pesawat berkenaan pada hari Jumaat, menyebabkan lapangan terbang itu terpaksa ditutup.

Dua pesawat pejuang pula telah diarahkan mengejar kapal terbang yang dicuri oleh Rusell.

Selepas 90 minit penerbangan, pesawat itu terhempas di Pulau Ketron, di Puget Sound.

Rusell turut terbunuh dalam kejadian tersebut.

Kejadian itu memeranjatkan kerana pekerja-pekerja lain menyifatkan Rusell sebagai kakitangan yang baik.

Ketua Pegawai Eksekutif Horizon Air, Gary Beck berkata, setahunya Rusell tidak memiliki lesen juruterbang dan tidak tahu bagaimana beliau boleh ada kemahiran menerbangkan pesawat yang mempunyai operasi yang kompleks. – MalaysiaGazette