LILLE – Polis Perancis sedang memburu seorang pemandu yang merempuh pintu hadapan sebuah masjid di pinggir bandar Lille di utara negara ini.
Tidak ada orang yang cedera dalam insiden yang berlaku pada tengah malam.
“Kereta memecah masuk pintu masjid Al-Wifaq,” kata polis.
Perancis masih berjaga-jaga selepas serangan tahun lalu yang mengorbankan lebih 240 orang. – MalaysiaGazette