Home Dunia Pelancong China maut diserang badak

Pelancong China maut diserang badak

Sekumpulan badak di pusat hidupan liar di Tasik Naivasha. foto The Star

NAIROBI – Seorang pelancong China maut selepas seekor badak menyerangnya di Tasik Naivasha, pusat hidupan liar Kenya, semalam.

Mangsa, Chang Ming Chuang, 66, disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di sebuah hospital daerah bandar itu.

Manakala rakannya, Wu Peng Te, 62, yang turut diserang haiwan itu dilaporkan selamat.

Pusat hidupan liar itu berkata, pihaknya sedang mengesan badak yang telah menyerang dua pelawat itu.

Semasa kejadian kedua-dua mangsa sedang mengambil gambar.

Ketua persatuan pemilik bot di Navaisha mendakwa paras air yang lebih tinggi daripada kebiasaan menyebabkan badak-badak air itu berkeliaran dari tasik ke ladang-ladang yang berdekatan dan hotel yang mencari padang rumput.

Naivasha adalah sebuah bandar atas tasik 90 kilometer di barat laut Nairobi.

Selepas musim kemarau yang teruk pada tahun lepas, Kenya mengalami beberapa bulan hujan lebat awal tahun ini hingga mengakibatkan banjir besar, termasuk sekitar Tasik Naivasha. – MalaysiaGazette