Home Nasional Pesawat Jho Low akan dibawa pulang sebaik sahaja boleh terbang

Pesawat Jho Low akan dibawa pulang sebaik sahaja boleh terbang

Pesawat Bombardier Global 5000 milik Jho Low yang tersadai di Lapangan Terbang Singapura. foto Agensi
Pesawat Bombardier Global 5000 milik Jho Low yang tersadai di Lapangan Terbang Singapura. foto Agensi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri berkata, Malaysia akan membawa balik pesawat persendirian milik Jho Low dari Singapura selepas kapal terbang itu dibenarkan terbang.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia sudah menerima persetujuan daripada pihak berkuasa Singapura untuk membawa pulang pesawat berkenaan.

“Pesawat ini telah lama mendarat dan kapal terbang yang sudah lama tidak terbang perlu diservis dan diperiksa.

“Kita kena periksa dulu, bila ia boleh terbang dan kita akan bawa balik ke sini,” katanya di sini.

Pesawat Bombardier yang bernilai AS$35 juta milik Jho Low atau nama sebenarnya, Low Taek Jho telah ditahan di Lapangan Terbang Seletar, Singapura sejak tahun lalu.

Jho Low adalah individu yang dikehendaki oleh Malaysia bagi siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Minggu lalu, kapal mewah milik ahli perniagaan itu telah dibawa balik dari perairan Indonesia ke Malaysia.

Kini pesawat Equanimity yang bernilai AS$250 juta berada di Pelabuhan Klang. – MalaysiaGazette