LONDONĀ – Pasukan Formula Satu, Red Bull menafikan dakwaan kononnya Fernando Alonso bakal mengisi kekosongan Daniel Ricciardo musim hadapan.
Ricciardo mengejutkan dunia F1 apabila meninggalkan Red Bull dan menyertai Renault.
Alonso yang juga juara dunia F1 mengharungi empat musim bersama McLaren masih menagih kemenangan pada musim ini.
Namun Pengerusi Red Bull, Christian Horner tidak percaya Alonso layak menyertai pasukannya setelah Ricciardo meninggalkan pasukan itu.
“Saya mempunyai rasa hormat yang tinggi untuk Alonso kerana dia adalah pemandu terbaik tetapi sangat sukar.
“Saya tidak pasti sama ada wujud situasi yang baik untuk pasukan merekrut Alonso.
“Keutamaan Red Bull adalah melabur dalam pemandu muda berbanding merekrut pemandu di penghujung karier,” katanya.- MalaysiaGazette