Home Politik Pelantikan Tan sebagai Duta Khas ke China tak langgar manifesto PH

Pelantikan Tan sebagai Duta Khas ke China tak langgar manifesto PH

Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, Mohamed Nazri sememangnya gemar mengeluarkan kenyataan yang gempak, tetapi tidak praktikal, malahan bersifat
Duta Khas ke China, Tan Kok Wai berkata, beliau tidak berasa tertekan dengan tugas yang diberikan kepadanya walaupun hubungan diplomatik Malaysia dengan China dikatakan dibelenggu beberapa isu.

KUALA LUMPUR – Pelantikan Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Kok Wai sebagai Duta Khas ke China tidak melanggar manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH), kata setiausaha organisasi kebangsaan parti Anthony Loke.

Manifesto PH hanya menyatakan bahawa tidak akan ada lantikan politik untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tetapi tidak sebagai duta khas kerajaan, kata Loke yang juga Menteri Pengangkutan.

“Ini bukan GLC, jawatan (sebagai duta khas) hanya untuk mempermudahkan hubungan antara Malaysia dan China, saya fikir ia tidak melanggar prinsip manifesto kita.

“Kita berpendapat beliau layak dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menaruh keyakinan kepadanya untuk mengukuhkan hubungan dengan kerajaan China,” kata beliau ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Pelantikan Tan yang dilaporkan berkuatkuasa pada 1 Ogos telah disahkan.

Tan yang juga anggota Parlimen Cheras, menggantikan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang menjadi duta khas ke China di bawah kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu.- BERNAMA