Home Politik Tan Chee Teong calon MCA untuk PRK Balakong

Tan Chee Teong calon MCA untuk PRK Balakong

Tan Chee Teong

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa MCA Bahagian Serdang, Tan Chee Teong dipilih sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Balakong.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Chee Teong yang merupakan anak jati Serdang itu aktif di peringkat akar umbi.

PRK itu diadakan ekoran kekosongan kerusi itu selepas Ahli Dewan Undangan Negeri, Eddie Ng dari DAP meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Pada Pilihan Raya Umum 9 Mei lalu, Eddie mengatasi calon Barisan Nasional dari parti MCA, Lim Chin Wah dan calon Pas, Mohamad Ibrahim Ghazali dengan majoriti undi 35,538.

MCA telah memutuskan untuk menggunakan logo MCA pada PRK yang dijadualkan berlangsung pada 8 September ini.- MalaysiaGazette