Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat sekembalinya dari cuti sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan baru-baru ini.
Muhyiddin mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah setia di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof kira-kira jam 10 .05 pagi tadi.
Muhyiddin sepatutnya mengangkat sumpah bersama 220 Ahli Dewan Rakyat lain dalam Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang memulakan persidangannya pada 16 Julai lalu.