
KUALA LUMPUR – Semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) ditutup selama dua hari pada 22 dan 23 Ogos ini sempena menyambut Hari Raya Aidiladha.
Pada 21 Ogos ini, semua UTC beroperasi separuh hari sehingga 1 petang.
Kementerian Kewangan berkata, semua UTC akan beroperasi semula seperti biasa pada 24 Ogos. – MalaysiaGazette