Home Nasional PM beri jaminan kembalikan jawatan PTD dipecat

PM beri jaminan kembalikan jawatan PTD dipecat

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tiga kanan) diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (kanan) mengibarkan bendera bersama pegawai dan diplomatik sambil mengibarkan jalur gemilang pada Program Town Hall bersama Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto MIRZA HASIM, 15 OGOS 2018

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan akan mengembalikan jawatan kepada mana-mana Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dipecat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) ekoran kes tertentu.

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sekiranya didapati pemecatan itu tidak mengikut lunas undang-undang, maka tindakan membenarkan semula pegawai berkenaan bertugas termasuk membayar pampasan akan digunakan kerajaan.

“Kita janji akan bela mereka yang menjadi mangsa, terapi kita kena dapatkan laporan dahulu, yang betul-betul jadi mangsa kita bela dan proses itu sedang dilakukan kerana jumlahnya terlalu banyak mungkin kita terlepas pandang.

“Kalau ada (pegawai yang didera) sila beritahu dan apa sebab mereka didera dan kerajaan akan kembalikan orang itu kepada pangkat lama atau kita bayar balik apa terhutang kepadanya,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan seorang pegawai PTD yang menyertai sesi Town Hall bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Pegawai terbabit membangkitkan nasib pegawai PTD yang dikenakan tindakan kerana berbeza pandangan dengan kerajaan BN termasuklah ideologi politik.

Mengulas mengenai itu, Dr Mahathir berkata bentuk pampasan mahupun janji ke arah itu perlu diteliti memandangkan negara menghadapi kekangan kewangan dan memerlukan masa untuk membuat siasatan.

“Negara hadapi kekangan wang, kita perlu masa untuk bagi balik apa yang mereka terkorban akibat berdiri menentang tindakan yang salah yang diarah oleh pimpinan mereka,” katanya lagi. -MalaysiaGazette