KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad hari ini menafikan Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi telah disekat bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
Beliau turut menafikan Nur Ilyani juga telah dipindahkan dalam masa 24 jam ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya seperti yang tersebar di media sosial.
“Tak benar dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan keluarkan kenyataan.
“Tidak benar. Anda dalam media sangat bertangunggjawab mengetengahkan fakta-fakta yang benar dan bertangungjawab serta memurnikan keadaan,” katanya pada sidang media di lobi parlimen.
Sebelum ini, doktor yang bertugas di Hospital raja Perempuan Zainb II (HRPZ II), Kota Bharu itu dikatakan bakal berdepan tindakan tatatertib selepas diadukan pihak tertentu kepada Biro Pengaduan Awam susulan surat terbuka pada 6 Ogos lalu mengenai isu lesbian,gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Nur Ilyani dalam surat terbuka di Facebook berpendirian tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas apatah lagi songsang.’
Dzulkefli kemudiannya mengulangi kenyataannya bahawa kenyataan pengamal perubatan itu adalah pandangan peribadinya. – MalaysiaGazette