Home Politik PRK Seri Setia: Halimey calon PKR

PRK Seri Setia: Halimey calon PKR

Halimey Abu Bakar
Halimey Abu Bakar

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Halimey Abu Bakar sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mengumuman pemilihan itu berkata, Halimey berpengalaman luas menabur bakti kepada rakyat sebagai ahli majlis.

“Saya yakin rakyat Seri Setia akan memilih sdr Halimey,” katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri menerusi akaun twitter beliau malam ini.

PRK Seri Setia diadakan selepas penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia pada 2 Ogos lalu akibat barah usus.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Allahyarham Shaharuddin mengalahkan calon Barisan Nasional, Yusoff M Haniff, calon Pas, Mohd Ghazali Daud dan calon Bebas, S Vigneswaran dengan majoriti 19,372 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Seri Setia danb Balakong diadakan serentak pada 8 September, dengan hari penamaan calon ditetapkan Sabtu ini. – MalaysiaGazette