Consent Malaysia akan memburu tiga pemimpin utama kerajaan Pakatan Harapan berhubung janji manifesto 100 hari bagi mendapatkan penjelasan berhubung kegagalan menunaikannya.
Pengarah Kajian badan bukan kerajaan itu, Mohamed Hata Wahari berkata, pemimpin-pemimpin berkenaan bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat tentang kegagalan menunaikan janji 100 hari menerusi Program Bina Semula Negara pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-14.
“Kita akan memburu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifudin Nasution Ismail, Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Ini adalah program berterusan yang mana Consent Malaysia akan terus mendekati dan memberi penekanan kepada setiap pemimpin Pakatan Harapan yang bertanggungjawab menjelaskan sebab kenapa janji 100 hari gagal ditunaikan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.