Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyambut baik cadangan Perdana Menteri yang mahu mengubah frasa “Saya Yang Menurut Perintah” sebagaimana digunakan dalam perkhidmatan awam sebelum ini.
Menurutnya, penukaran frasa kepada “Saya Yang Menjalankan Amanah” mampu mengubah seseorang daripada perlakuan tidak betul.
Katanya, saranan tersebut akan turut diguna pakai dalam kementerian dalam menjaga kelestarian agensi pertahanan itu.