Home Sukan Victor Moses bersara dari pasukan Nigeria

Victor Moses bersara dari pasukan Nigeria

Moses pemain sayap Chelsea
Victor Moses umum bersara dari bola sepak antarabangsa bersama Nigeria

ENGLAND – Bintang Nigeria, Victor Moses bersara dari karier bola sepak antarabangsa serta merta.

Pemain sayap Chelsea itu mengumumkan keputusan itu demi kepentingan dan masa depan keluarganya.

Pemain berusia 27 tahun itu telah menjaringkan 12 gol dalam 37 penampilan bersama pasukan Nigeria atau Super Eagles khususnya di temasya Piala Dunia 2014 dan 2018 di Rusia Julai lalu.

Kenyataan itu dimuat naik dalam akaun twitter rasminya semalam.

“Saya telah melalui memori indah dalam hidup menyarung jersi Super Eagles (Nigeria) dan kenangan itu akan terus kekal sepanjang hidup saya.

“Bagaimanapun saya merasakan bahawa tiba waktu sesuai untuk berundur dari tugas antarabangsa dan fokus terhadap tugas kelab dan juga ahli keluarga saya.

“Keputusan ini juga sebagai memberi laluan kepada pemain generasi muda untuk mewakili Nigeria pada kejohanan besar selepas ini,” katanya.

Moses antara pemain Nigeria yang pernah menjuarai Piala Africa pada tahun 2013.

“Saya sudah bercakap mengenainya (bersara) kepada pengurus Nigeria Gernot Rohr menerusi perbualan telefon.

“Saya juga merakamkan setinggi penghargaan kepada rakyat Nigeria yang sentiasa menyokong dalam setiap perlawanan pasukan kebangsaan,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette