Home Ekonomi Hapus hutang Felda: Kerajaan rangka 3 mekanisme

Hapus hutang Felda: Kerajaan rangka 3 mekanisme

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr. Mahathir Mohamad. foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini sedang merangka tiga mekanisme dalam usaha untuk menghapuskan hutang-hutang peneroka Felda.

Menurut Mahathir, ketiga-tiga mekanisme itu antaranya melaksanakan insentif pelupusan sebahagian hutang tanam semula yang ekstrem melalui penyediaan dana sebanyak RM300 juta untuk lima tahun.

“Pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang bersama sistem FELDA melibatkan 90,418 peneroka dengan kos sebanyak RM452 juta.

“Insentif pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV melibatkan 77,972 peneroka dengan kos sebanyak RM103 juta,” katanya dalam katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sempen 100 hari Kerajaan Pakatan Harapan malam ini.

Penghapusan hutang tidak wajar peneroka Felda adalan antara salah satu daripada 10 Janji 100 hari PH yang ditawarkan pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) lalu.

Selain penghapusan hutang peneroka Felda, turut ditawarkan bantuan hari raya RM450 untuk 100,000 peneroka melibatkan RM45juta. – MalaysiaGazette