Home Politik Dua PRK, terpulang pada Najib

Dua PRK, terpulang pada Najib

Shamsul Anuar Nasarah
Shamsul Anuar Nasarah

PETALING JAYA – UMNO tidak boleh buat sebarang keputusan sama ada akan menjemput bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkempen untuk calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Menurut Ketua Penerangannya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, PRK itu adalah antara Pas dengan Pakatan Harapan (PH), bukan UMNO atau Barisan Nasional (BN).

“Yang itu kita tak tahu..tak tahu. No komen. Itu terpulang pada dia (Najib),” katanya ketika ditanya sekiranya UMNO turut melibatkan Najib dalam kempennya membantu calon Pas, Dr Halimah Ali pada PRK Seri Setia yang bermula hari ini.

PRK Seri Setia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Dr Halimah dengan calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR, Halimey Abu Bakar.

Ditanya kerjasama dengan Pas, beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, kerjasama yang ditunjukkan UMNO adalah ikhlas.

“Soal jentera, kita akan bekerja seperti biasa di DUN Balakong dan DUN Seri Setia untuk memastikan calon kita (MCA) dan calon Pas beroleh kemenangan.

“Ini merupakan sejarah baru bagi UMNO dan Pas yang telah begitu lama tidak bergabung. Ini titik permulaan yang baik bagi kepentingan rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette