Home Nasional Ini bukan perang peribadi – Tan Chee Teong

Ini bukan perang peribadi – Tan Chee Teong

Calon MCA N.27 Balakong, Tan Chee Teong menunjukkan tanda bagus semasa proses penyerahan borang percalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Balakong di Dewan Utama Demesne, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Bangi, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 18 OGOS 2018.
Calon MCA N.27 Balakong, Tan Chee Teong menunjukkan tanda bagus semasa proses penyerahan borang percalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Balakong di Dewan Utama Demesne, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Bangi, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 18 OGOS 2018.

BANGI – Calon Barisan Nasional, Tan Chee Teong menganggap berdepan dengan calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Balakong pada hari mengundi 8 September ini bukan persaingan peribadi.

Chee Teong yang bertanding atas tiket MCA berkata, dia tidak risau berdepan sebarang hasutan atau tuduhan sepanjang tempoh berkempen.

“Ini bukan perang peribadi dan saya langsung tidak risau kalau berdepan sebarang hasutan atau tuduhan.

“Ini perang atau perjuangan antara rakyat dengan kerajaan baharu Pakatan Harapan dan kita (MCA), pembangkang, tidak akan menghasut,” katanya kepada pemberita selepas megemukakan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon PRK DUN Balakong di Dewan Demesne, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi hari ini.

Beliau tiba ke pusat penamaan calon diiringi kira-kira 200 penyokong dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Datin Paduka Chew Mei Fun pukul 8.55 pagi.

PRK Balakong menyaksikan perttandingan satu lawan satu antara Chee Tiong dan calon Pakatan Harapan dari DAP, Wong Siew Ki.

Ditanya pendekatannya untuk memujuk pengundi Balakong, Chee Tiong berkata, pihaknya selaku pembangkang akan mengambil pendekatan menjadikan Selangor negeri sihat dan terbaik sepanjang 21 hari kempen kali ini.

“Kerajaan sudah berubah dan kita perlu rasional membina masa depan hari ini,” ujarnya.

Ditanya mengenai peluang memenang di kerusi, bedliau berkata: “Saya rasa ini adalah majoriti besar.

“Lagipun peluang untuk memberi kejutan dan menang lawan calon PH adalah sangat tipis, tetapi akan mencuba sedaya upaya dan saya yakin ada peluang untuk mengurangkan majoriti yang dipegang parti itu sebelum ini,” jelasnya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu, bekas ADUNnya mendiang Eddie Ng Tian Chee mengatasi calon Barisan Nasional dari parti MCA, Lim Chin Wah dan calon Pas, Mohamad Ibrahim Ghazali dengan majoriti undi 35,538.- MalaysiaGazette