MADRID – Real Madrid mengadu salah laku Inter Milan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Inter Milan didakwa cuba memujuk bintang tengah Galacticos, Luka Modric dengan cara haram.
Jurucakap FIFA mengesahkan bahawa badan bola sepak sedunia itu menerima aduan daripada kelab Sepanyol tersebut mengenai kelab Serie A yang cuba memujuk Modric.
Madrid mendakwa perpindahan pemain di Itali menutup tirai Jumaat lalu namun Inter gagal mengikat khidmat Modric.
Kini Inter didakwa cuba menggunakan cara haram untuk mendapatkan Modric sehingga membangkitkan kemarahan Real.
Modric menyertai Real Madrid dari Tottenham pada 2012 dan memenangi la Liga dan Liga Juara-juara Eropah sebanyak empat kali bersama kelab itu. – MalaysiaGazette