SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor akan menumpukan pembinaan rumah pangsapuri pada masa depan kerana menghadapi masalah keluasan tanah untuk dibangunkan.
Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri terpaksa ‘berperang’ dan menghadapi cabaran bagaimana menggunakan tanah untuk membangunkan kediaman.
“Maknanya perumahan-perumahan yang kita bina selepas ini adalah perumahan berstrata berbentuk pangsapuri,” katanya menyampakan ucap tama pada Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2019 yang bertajuk Perumahan Mampu Milik: 1 Keluarga 1 Kediaman yang sempurna.
Menyediakan lebih bayak rumah kos rendah bertingkat atau pangsapuri, tambah beliau, merupakan cabaran kepada kerajaan negeri untuk mengubah cara pemikiran penduduk yang menjadi penghuninya.
Ia katanya, membabitkan amalan penduduknya yang sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai isu.
“Perumahan seperti ini sebenarnya memerlukan perubahan minda masyarakat. Sepanjang pengalaman saya hampir 90 peratus perumahan-perumahan kos rendah hak milik berstrata selalunya akan memiliki masalah-masalah yang berlarutan.
“Ini mungkin cabaran besar bagaimana kita menangani perubahan supaya nilai dan konsep rumah berstrata,” ujarnya lagi. -MalaysiaGazette