WELLINGTON – Menteri Wanita New Zealand, Julie Anne Genter selamat melahirkan bayi lelaki pertamanya selepas menunggang basikal sendiri ke hospital.
Genter menjadi Menteri kedua di negara itu melahirkan bayi selepas Perdana Menteri, Jacinda Ardern pada tahun ini.
Kedua-duanya melahirkan bayi di hospital sama.
Beliau akan mengambil cuti selama tiga bulan dan dijangka bertugas semula pada pertengahan November ini.
Selain menjadi Kementerian Wanita, jawatan Genter juga ada kaitan dengan portfolio pengangkutan dan kesihatan.
Genter berbasikal sepanjang beliau mengandung, malah telah membeli basikal yang boleh membawa bayinya.
Parti Hijau yang diwakili Genter berkongsi sokongan dengan Parti Buruh dalam menggalakkan rakyat New Zealand berbasikal sebagai pengangkutan awam. – MalaysiaGazette