Home Utama Para jemaah menuju ke penghujung ibadat haji

Para jemaah menuju ke penghujung ibadat haji

Kerja-kerja haji yang terakhir akan lengkap setelah selesainya kemuncak ibadah haji iaitu berada di Arafah, kemudian bergerak ke Muzdalifah untuk bermalam dan mengutip anak-anak batu sebelum menuju ke Mina dan kemudian melontar di Jamrahtul Kubra pada 10 Zulhijjah iaitu pada hari Raya Haji.

MAKKAH – Melihat jemaah haji lelaki mencukur rambut dan tidak lagi memakai kain ihram, memberi isyarat bahawa ibadat haji sedang menuju kepada penghujungnya.

Kerja-kerja haji yang terakhir akan lengkap setelah selesainya kemuncak ibadah haji iaitu berada di Arafah, kemudian bergerak ke Muzdalifah untuk bermalam dan mengutip anak-anak batu sebelum menuju ke Mina dan kemudian melontar di Jamrahtul Kubra pada 10 Zulhijjah iaitu pada hari Raya Haji.

Jemaah haji juga wajib melontar di ketiga-tiga jamrah iaitu Jamratul Sughra, Jamratul Wusta dan Jamratul Kubra pada tiga hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Ibadah haji akan selesai apabila jemaah haji telah menyelesaikan dua lagi rukun iaitu tawaf haji iaitu  mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan dan Sai iaitu berjalan ulang-alik dari bukit Safa ke bukit Marwah.

Kepuasan bagi setiap jemaah ialah apabila mereka dapat melalui pengorbanan dari segi fizikal iaitu berjalan berjam-jam dan beribadat sepanjang malam

— BERNAMA