KUALA LUMPUR – Berita mengenai kejadian kebakaran bangunan di Angkasapuri di sini yang tular di laman sosial malam ini adalah tidak benar.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian kebakaran bangunan itu pada malam ini.
“Kami juga tidak menerima panggilan mengenai kebakaran di Angkasapuri daripada Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur setakat ini,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Kira-kira 9 malam ini, seorang pengguna Twitter dan Facebook yang menggunakan nama ‘Zunar Cartoonist’ memuat naik gambar sebuah bangunan terbakar dengan catatan:
“Bangunan yang sedang dibina di Angkasapuri bernilai RM2 bilion sedang terbakar sekarang?” – MalaysiaGazette