Home Dunia AS potong bantuan AS$200j ke Palestin

AS potong bantuan AS$200j ke Palestin

Sebuah kapal yang dalam misi kemanusiaan ke Palestin bersama 22 aktivis dipercayai dirampas oleh Israel ketika kapal itu menghampiri Gaza.
Gambar hiasan: Sebuah kapal yang dalam misi kemanusiaan ke Palestin bersama 22 aktivis dipercayai dirampas oleh Israel ketika kapal itu menghampiri Gaza.

WASHINGTON – Amerika Syarikat memotong bantuan sebanyak AS$200 juta ke Palestin disebabkan hubungan tidak baik dengan pemimpin negara itu.

Menurut Jabatan Negara, dana yang sepatutnya disalurkan kepada program-program di Tebing Barat dan Gaza akan digunakan untuk “projek lebih penting di tempat lain”.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai dana tersebut.

“Kami menyemak semula bantuan AS kepada Lembaga Palestin dan Tebing Barat serta Gaza bagi memastikan dana-dana tersebut digunakan selari dengan kepentingan AS serta memberi nilai kepada pembayar cukai negara ini.

Hasil semakan yang diarahkan oleh Presiden AS, kami berhasrat untuk menyalurkan lebih daripada AS$200 juta peruntukan dalam Dana Sokongan Ekonomi 2017 yang pada asalnya dicadangkan untuk menjayakan program di Tebing Barat dan Gaza ke tempat lain,” kata pegawai tersebut dalam satu kenyataan.

Ketika ditanya kemana wang tersebut akan digunakan, seorang pegawai lain menjawab “kami akan berbincang dengan Kongres untuk menyalurkan dana tersebut kepada perkara yang lebih penting.”

Kedua-dua pegawai tinggi tersebut bercakap tanpa mendedahkan identiti masing-masing.

Pengumuman tersebut hadir selepas kepimpinan Palestin memarahi White House dengan memboikot usaha damai sejak Presiden Donald Trump mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan negara tersebut ke sana.

Dalam pda itu, Jawatankuasa Eksekutif, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hanan Ashrawi menuduh pentadbiran Trump menggunakan “ugutan murahan sebagai alat politik.”

“Rakyat dan pemimpin Palestin tidak akan terjejas dan melutut dengan perkara ini,” tegasnya.- MalaysiaGazette