Home Dunia Misa Matsushimam juruterbang pesawat pejuang wanita pertama Jepun

Misa Matsushimam juruterbang pesawat pejuang wanita pertama Jepun

LeftenanMisa Matsushima foto Getty Images

TOKYO – Leftenan Misa Matsushimam diumumkan sebagai juruterbang pejuang wanita pertama di negara ini.

Matsushima, 26, telah memulakan tugas pada hari Jumaat setelah selesai menjalani latihan untuk membawa pesawat F-15, menurut tentera Jepun.

“Sebagai perintis wanita pertama, saya akan membuka jalan,” katanya yang bercita-cita untuk membawa jet pejuang sejak menonton filem Top Gun.

Angkatan udara Jepun mula merekrut wanita pada tahun 1993 – kecuali untuk membawa jet pejuang dan juruterbang pesawat.

Bagaimanapun, Jepun menarik balik larangan itu pada akhir tahun 2015.

Jet pejuang F-15J adalah pesawat enjin berkembar yang direka untuk pertempuran udara.

Ia boleh mencapai kelajuan tertinggi kira-kira Mach 2.5 – 2.5 kali kelajuan bunyi atau kira-kira 3,000 km/j (1,864 batu/h). – MalaysiaGazette