Home Dunia Pompeo batal lawatan ke Pyongyang

Pompeo batal lawatan ke Pyongyang

Mike Pompeo. foto Agensi

WASHINGTON – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo membatalkan lawatannya Korea Utara atas arahan Donald Trump.

Pompeo dijadual ke Korea Utara dalam masa terdekat ini bagi membincangkan progres pemberhentian program nuklear Pyongyang.

Presiden Amerika Syarikat itu menerusi Twitter memaklumkan Korea Utara tidak melakukan kemajuan yang tidak mencukupi untuk menghentikan program nuklear.

Beliau juga mendakwa China tidak melakukan sumbangan yang mencukupi untuk memberi tekanan kepada Korea Utara.

Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan mengenai program nuklear Pyongyang pada Jun lalu.

Sejak itu, tiada lagi ancaman nuklear di Semenanjung Korea.

Tetapi, Pyongyang didakwa tidak merombak kemudahan nuklear dan terbaharu, ada laporan yang mendakwa Korea Utara sedang membina peluru berpandu balistik antara benua baru.

Agensi nuklear PBB (IAEA) juga mengatakan Korea Utara masih meneruskan program nuklearnya. – MalaysiaGazette