KUALA LUMPUR – Skuad Pilihan Selangor berjaya menundukkan Pilihan Singapura dengan jaringan 5-3 dalam perlawanan Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Keputusan pengadilan ditentukan menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga permainan tamat.
Faris Ramli yang juga pemain kelahiran Singapura menjadi wira Red Giants apabila beliau berjaya menyempurnakan sepakan terakhir pasukannya.
Terdahulu, skuad veteran Selangor menundukkan veteran Singapura dengan jaringan 3-2 yang turut diperoleh menerusi penentuan penalti selepas perlawanan terikat 1-1.
Pada aksi sebelah petang semalam, skuad bawah 16 (B-16) tahun Selangor turut merangkul Piala Cabaran Sekolah Selangor-Singapura selepas menundukkan skuad B-16 Singapura 2-0. – MalaysiaGazette