Home Nasional Gaji kru kabin tidak setimpal, kerajaan tolong selesaikan

Gaji kru kabin tidak setimpal, kerajaan tolong selesaikan

nufam

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Sumber Manusia diminta segera selesaikan isu kos sara hidup danĀ  kebajikan pekerja kru kabin di negara ini.

Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) mendakwa, isu kos sara hidup dan kebajikan kru kabin sudah banyak kali dikemukakan, malangnya isu tersebut tidak diambil peduli.

Menurut NUFAM, pekerja kru kabin pada hari ini tidak mendapat bayaran setimpal oleh syarikat-syarikat penerbangan, selain kos ke tempat kerja yang perlu ditanggung sendiri.

Kecuali Malaysia Airlines yang memberi elaun sebanyak RM100 sebulan, juga tidak mencukupi.

“Kos pengangkutan pergi, balik kerja pun sudah tinggi.

“Kos pengangkutan awam naik tetapi malangnya syarikat penerbangan di dalam negara masih berdalih untuk membayar elaun pengangkutan.

Untuk tambang pergi ke KLIA 1 dan 2, mereka terpaksa menaiki kenderaan sendiri atau teksi pada waktu biasa RM50.00 hingga RM70.00 dan waktu lepas jam 12 malam harga tambang mencecah dua kali ganda.

“Ada kalanya pekerja pula tidak boleh menaiki ERL kerana terlalu sesak dan jadual perjalanan akan melambat mereka. Ini sememangnya menyusahkan pekerja yang perlu mengejar jadual penerbangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sedangkan, semua syarikat penerbangan di dalam negara mengaut keuntungan berbilion ringgit tetapi gaji bayaran serta kenaikan elaun untuk pekerja masih tidak setimpal.

Pekerja kru kabin hanya menerima elaun makan sedangkan elaun-elaun lain perlu ditanggung sendiri.

NUFAM berkata, adalah tidak masuk akal apabila syarikat penerbangan masih enggan menyediakan sistem pengangkutan untuk pekerja kru kabin.

Disebabkan itu, setiap pekerja terpaksa memperuntukkan kos yang besar untuk kos pengangkutan untuk ke tempat kerja.

NUFAM mendakwa kru kabin telah membawa isu ini kepada syarikat masing-masing tetapi masih belum ada tindakan.

Rayuan juga telah dikemukakan kepada NUFAM dan kami telah membawa isu ini kepada kerajaan lama.

Mereka janji hendak menyelesaikan isu ini tetapi sehingga hari ini pekerja ini masih menunggu.

“Pernah satu ketika MAS ada menyediakan sistem pengangkutan tetapi selepas syarikat tersebut menjalankan pengstrukturan, pekerja ini semua terpaksa pergi kerja dengan cara sendiri,” kata NUFAM yang turut bimbangkan dengan keselamatan pekerja wanita yang terpaksa menaiki teksi pada waktu lewat malam.

Lantaran itu, NUFAM menggesa kerajaan memandang serius isu ini kerana tanggungjawab syarikat penerbangan terhadap pekerja kru kabin ini harus diutamakan.

“Jangan tahu nak kaut keuntungan besar walhal kebajikan pekerja diabaikan.

“Kalau syarikat ini boleh membeli beratus biji kapal yang bernilai berbilion ringgit maka mereka mampu membayar elaun pengangkutan atau menyediakan sistem pengangkutan agar pekerja-pekerja ini tidak lagi terbeban,” ujar NUFAM. – MalaysiaGazette