KUALA LUMPUR – Pelabur asing membeli sejumlah RM46.5 juta ekuiti tempatan sepanjang minggu lalu.
MIDF Research berkata, dana-dana antarabangsa adalah penjual bersih pada Isnin lalu dengan nilai RM55 bilion, meneruskan aktiviti jualan kepada tujuh hari.
Bagaimanapun, pelabur asing membeli sebanyak RM48.2 juta saham-saham tempatan pada hari Selasa sebelum cuti Aidiladha pada hari Rabu.
Bursa dibuka semula pada hari Khamis, dengan 7 mata. Ia adalah penutup tertinggi sejak Mei tahun ini.
Firma penyelidikan itu berkata, aliran masuk bersih ke bursa tempatan pada Khamis lalu seiring dengan pasaran tempatan serantau seperti Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Indonesia dan F‎ilipina.
Namun, pelabur asing kembali kepada aktiviti jualan pada hari Jumaat dengan melupuskan sebanyak RM24.6 juta selepas China dan Amerika Syarikat mengakhiri rundingan perdagangan tanpa sebarang keputusan positif.
Dengan hari dagangan berbaki empat hari sebelum Ogos melabuh tirai, bulan ini menyaksikan aliran keluar berjumlah RM82.1 juta.
Tahun ke tahun, aliran keluar dari Malaysia berjumlah RM8.6 bilion setakat Jumaat lalu, menjadi pasaran kedua terendah yang merekodkan aliran keluar dalam kalangan empat negara ASEAN.
Pelabur asing juga merupakan pembeli bersih 17 daripada 34 minggu setakat ini.
MIDF Research berkata, penyertaan pelabur asing masih kukuh dengan nilai purata dagangan harian melebihi RM1 bilion untuk minggu ketujuh. – MalaysiaGazette