TOKYO – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini, dipacu oleh pengukuhan pasaran ekuiti dan berita tentang persetujuan Amerika Syarikat untuk menambah baik Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA).
Brent naik sebanyak 0.5 peratus kepada AS$76.21 setong dan West Texas Intermediate menokok 0.2 peratus kepada AS$68.87 setong.
Minggu lalu West Texas Intermediate menyaksikan meraih keuntungan mingguan sebanyak 4.3 peratus manakala Vrent pula 5.6 peratus. – MalaysiaGazette