
TURIN (ITALI) – Hasrat bintang dunia Cristiano Ronaldo yang ingin melihat anaknya menjadi pengganti pada masa akan datang bakal tercapai.
Ini kerana Ronaldo Jr telah mula menyertai latihan Bawah 9 Tahun bersama Akademi Bianconeri.
Dia yang berusia lapan tahun mengikuti jejak langkah bapanya dengan menyertai Juventus.
Calciomercato melaporkan, bintang Portugal itu turut hadir menyaksikan latihan anaknya itu baru-baru ini.
Sebelum ini Ronaldo telah mendidik bakat anaknya itu yang sering dikongsikan video di laman sosialnya. – MalaysiaGazette