KUALA LUMPUR – KL Youth Football Fiesta 2018 merupakan kejohanan bola sepak akar umbi anjuran RAKL Sport Active dan rakan kolaberasi Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur.
Ia berjaya menghimpunkan lebih 500 pemain pelbagai peringkat umur dari seawal tujuh hingga 16 tahun, kata satu kenyataan baru-baru ini.
Objektif fiesta bola sepak itu adalah untuk menjadi platform latihan dan perlawanan yang teratur bersama, sambil memupuk semangat kesukanan antara pemain dan kelab kelab.
KL Youth Football Fiesta pertama ini menjanjikan beberapa kejohanan kecil antaranya ialah Piala Demam Piala Dunia baru-baru ini dan Liga Uniti yang masih berjalan.
Selain itu ada juga dianjurkan Piala Merdeka, Piala Super Merdeka dan Piala Juara Merdeka.
Pada 30 Ogos sehingga 1 September ini akan berlansung tiga kejohanan KLYFF yang dijalankan untuk menerapkan semangat sayangkan negara sempena ulang tahun kemerdekaan.
Program itu diharapkan dapat menerapkan semangat patriotik dan untuk generasi akan datang.
Orang ramai dijemput hadir ke Pusat Sukan KLFA di Taman Melati, Kuala Lumpur untuk memeriahkan lagi kejohanan. – MalaysiaGazette