Home Nasional Tiada rundingan air dengan Malaysia, kata Singapura

Tiada rundingan air dengan Malaysia, kata Singapura

Kerajaan bersedia mengukur sempadan perairan Malaysia dan Singapura bagi melihat sama ada benar kapal Malaysia menceroboh perairan republik itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Singapura telah mencadangkan untuk bertemu dengan Malaysia bagi membincangkan pewujudan Kawasan Larangan kekal oleh Kuala lumpur bagi tujuan aktiviti ketenteraan meliputi ruang udara Pasir Gudang berkuatkuasa 2 Jan 2019.

SINGAPURA – Singapura tidak mengadakan sebarang rundingan dengan Malaysia berhubung rundingan semula harga air, Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean dilaporkan sebagai berkata oleh portal TODAY.

Menurut portal itu, Teo ditemui media semasa melawat ke Loji Reklamasi Air Changi hari ini.

Beliau ditanya sama ada Malaysia telah menghubungi Singapura secara rasmi mengenai isu air, dan sama ada Singapura mengadakan rundingan dengan Malaysia.

Jawapan Teo adalah “tidak’ dan timbalan perdana menteri Singapura itu tidak mengulas lanjut, kata laporan itu.

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali menyatakan hasrat Malaysia untuk menyemak semula Perjanjian Air 1962 dan kemungkinan menaikkan harga air mentah yang dibekalkan ke Singapura sebanyak lebih daripada 10 kali ganda.

Lee berkata demikian semasa Rapat Hari Kebangsaan.

Perjanjian Air 1962 ialah perjanjian air ke-2 yang ditandatangani republik itu dengan Johor.

Di bawah perjanjian itu yang akan berakhir pada 2061, Singapura berhak menerima bekalan 250 juta gelen air mentah dari Sungai Johor setiap hari pada harga 3 sen (S$0.01) bagi setiap 1,000 gelen.

Sebagai balasan, Johor berhak menerima sehingga 5 juta gelen atau peratus daripada air yang dibekalkan ke Singapura pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. — BERNAMA