Home Sukan Vardie umum bersara untuk England

Vardie umum bersara untuk England

Jamie Vardy.
LONDON – Penyerang Leicester City, Jamie Vardy membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa.The Guardian melaporkan, Vardy, 31, sudah lama memikirkan untuk bersara bagi memberi peluang kepada pemain muda mewakili England.

“Sudah lama keputusan ini bermain-main di fikiran. Saya bukan lagi makin muda dan anda boleh lihat. Saya perlu adil kepada pengurus yang mahu lebih pemain muda dan mereka telah membuktikannya pada aksi Piala Dunia.

“Saya sudah maklum kepada Gareth Southgate (pengurus England) bahawa ketika masa yang sesuai untuk membawa lebih ramai pemain muda di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Vardy mula mewakili England buat pertama kali pada tahun 2015 ketika aksi bertemu Republik Ireland.

Dia ketika itu mengambil alih posisi Wayne Rooney dan menjaringkan gol pertama negara dan turut membantu kemenangan 3-2 ke atas Jerman.

Untuk rekod, Vardy mencatat 26 kap untuk England dan melakar tujuh gol keseluruhannya. – MalaysiaGazette