Home Sukan Bekas Naib Presiden FIFA dipenjara atas kesalahan rasuah

Bekas Naib Presiden FIFA dipenjara atas kesalahan rasuah

Juan Angel Napout
Juan Angel Napout dipenjarakan sembilan tahun sellepas disabit kesalahan terlibat skandal rasuah dalam FIFA ketika disiasat Disember lalu.

ASUNCION – Juan Angel Napout, bekas presiden Badan Kawalselia Bola Sepak Amerika Selatan dipenjara sembilan tahun atas kesalahan rasuah.

Dia disabit kesalahan terlibat dalam skandal rasuah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Angel Napout didapati bersalah pada Disember tahun lalu menerusi kes perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Brooklyn, New York.

Tertuduh dari Paraguay didakwa terlibat dalam konspirasi dan menghadapi pertuduhan penipuan.

Bekas Naib Presiden FIFA itu juga didenda satu juta dolar Amerika .

Individu berusia 60 tahun itu didapati bersalah bersama dengan bekas Pengerusi Konfederasi Bola Sepak Brazil Jose Maria Marin.

Marin, 86 tahun dipenjara empat tahun pada awal Ogos ini dan didenda AS$1.2 juta dolar.

Napout ditangkap polis di Hotel Baur Au Lac di Zurich pada Disember lalu iaitu tujuh bulan selepas serbuan dilakukan pada hotel sama yang menyaksikan tujuh pegawai tertinggi FIFA dicekup berkaitan skandal rasuah.

Napout didakwa terlibat dalam skim terlarang untuk menerima jutaan dolar Amerika dalam bentuk suapan rasuah sebagai pertukaran untuk mendapatkan hak pengiklanan dan pemasaran berkaitan kejohanan bolasepak pelbagai peringkat.- MalaysiaGazette