Home Utama Bukan sahaja Petron, syarikat lain juga boleh bekal bahan api

Bukan sahaja Petron, syarikat lain juga boleh bekal bahan api

Pelantikan Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) sebagai salah satu pembekal bahan api kenderaan kerajaan dibuat secara pentadbiran kerana ia berkaitan dengan urusan operasi.
Pelantikan Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) sebagai salah satu pembekal bahan api kenderaan kerajaan dibuat secara pentadbiran kerana ia berkaitan dengan urusan operasi.

KUALA LUMPUR – Pelantikan Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) sebagai salah satu pembekal bahan api kenderaan kerajaan dibuat secara pentadbiran kerana ia berkaitan dengan urusan operasi.

Kementerian Kewangan berkata, selain Petron, Petronas dan Shell masih lagi pembekal petrol dan diesel kenderaan kerajaan sejak 1997.

“Pelantikan ini dibuat secara pentadbiran kerana ia adalah berkaitan dengan urusan operasi dan tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan,” kata kementerian itu dalam kenyataan ringkas sebentar tadi.

Kenyataan itu dibuat susulan surat pelantikan Petron yang tular di media sosial hari ini.

Pelantikan syarikat minyak yang berpangkalan di Filipina itu telah dikaitkan dengan anak Perdana Menteri, Mirzan Mahathir yang didakwa merupakan ahli Lembaga Pengarah Petron Corporation.

Kementerian Kewangan berkata, dengan pelantikan Petron, kerajaan memperoleh lebih banyak pilihan dan dapat membuka peluang serta persaingan yang sihat dalam kalangan pembekal minyak petrol dan diesel.

Malah, katanya, kerajaan juga tidak menghadkan jumlah pembekal dan pembekal
yang berwibawa dan mempunyai jaringan stesen di seluruh negara boleh memohon. – MalaysiaGazette

BACA: Petron dilantik pembekal minyak kereta kerajaan