Home Politik Bukan takut berdebat, tiada jemputan, kata Halimey

Bukan takut berdebat, tiada jemputan, kata Halimey

Darell Leiking mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat Menteri Ekonomi Asean (AEM) ke-51 di Singapura.

KELANA JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia mendakwa tidak menerima sebarang jemputan debat dengan calon Pas daripada Astro Awani. 

Beliau menafikan menarik diri daripada debat anjuran syarikat media itu yang sepatutnya berlangsung pada malam Rabu baru-baru ini seperti yang viral di media sosial. 

“Bukan isu saya menarik diri sebenarnya, jemputannya pun tidak ada.

“Dari komunikasi ada sedikit masalah, saya tidak terima jemputan apa-apa jemputan pun,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama PH bagi DUN itu di sini hari ini. 

Halimey menegaskan, beliau tidak gentar berdebat dalam masa yang sama berkata program bersama rakyat dalam tempoh berkempen lebih penting untuknya. 

“Tidak ada isu tarik diri atau saya takut berdebat dan yang paling penting fokus saya dan kawan-kawan kemenangan PH di DUN Seri Setia itu fokus kita yang utama untuk berjumpa dengan rakyat memenuhi program dengan rakyat,” ujarnya lagi. 

Terdahulu pada pagi Rabu yang lalu, Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir menerusi Facebooknya berkata, debat oleh stesen televisyen itu tidak berlangsung apabila Halimey menarik diri untuk berhadapan dengan calon Pas. 

Namun ‘Agenda Awani’ tetap berlangsung dengan hanya kehadiran Halimah Ali sahaja yang ditemuramah.

48C76EC8-F8DF-43D6-988C-7866E808900DRoslan turut menyifatkan Halimey ‘penakut’ kerana enggan berhujah. 

“Bagaimana mahu jadi pemimpin yang efektif jika peluang berdepan dan berhujah ditolak?,” katanya. 

Sehingga kini Astro Awani tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan debat tersebut.-MalaysiaGazette