Home Utama Isu LGBT: Marina tempelak Wan Azizah

Isu LGBT: Marina tempelak Wan Azizah

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Dr Wan Azizah Wan Ismail

KUALA LUMPUR – Anak Perdana Menteri yang juga aktivis sosial, Marina Mahathir membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam isu komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Beliau mempersoalkan sama ada Wan Azizah menyifatkan penyokong LGBT sebagai ‘haram’ menerusi temubual Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata itu bersama stesen radio BFM baru-baru ini.

“Kepada @drwanazizah, adakah anda memanggil ramai orang termasuk saya yang telah menunjukkan sokongan kepada mereka yang terpinggir oleh masyarakat itu haram?,” soalnya menerusi Twitter semalam.

Marina MahathirMarina dalam masa yang sama memuat naik artikel mengenai suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipetik sebagai berkata, rakyat Malaysia mesti hidup dengan kepercayaan dan cara hidup yang berbeza.

Timbalan Perdana Menteri itu juga sebelum ini pernah ditempelak oleh Marina yang lantang memperjuangkan kebebasan LGBT itu apabila kerajaan disifatkannya tidak mengambil tindakan sewajarnya kepada lelaki Kelantan berusia 41 tahun yang mengahwini gadis 11 tahun di Thailand. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.