LYON – Penyerang Celtic, Moussa Dembele melengkap perpindahan bernilai 19.7 juta pound ke Lyon kata kelab Perancis itu hari ini.
Presiden kelab Ligue 1 itu, Jean Michel Aulas berkata, pemain kebangsaan juara dunia Rusia 2018 itu menandatangani kontrak lima tahun bersama Lyon.
Celtic selaku juara liga the Scotland mengumumkan pada Jumaat bahawa mereka menerima tawaran lumayan untuk Dembele.
Pengurusnya, Brendan Rodgers berkata, terdahulu kelabnya telah menerima tawaran signifikan untuk pemain itu.
Bagaimanapun kelab itu tidak pernah menjangkakan pemain tersebut akan mengambil keputusan meninggalkannya.
Tetapi dalam kenyataan hari ini, Rodgers berkata, tawaran dari Lyon telah diterima kelab demi kebaikan pembangunan kelab Celtic.
“Lembaga pengarah kelab dan saya sendiri bersatu dalam perkara ini dan kelab banyak menyokong saya dalam isu ini.
Dembele menyertai Celtic dengan kontrak empat tahun dan berbaki dua tahun lagi sebelum menerima tawaran Lyon.
Bekas pemain Fulham itu duduk di bangku simpanan semasa kemenangan Celtic terhadap Suduva dalam pusingann kelayakan Liga Europa.
Bagaimanapun, tindakan kelab itu melepaskan pemain muda berkenaan menerima kritikan bahawa Celtic melakukan tindakan bodoh melepaskan pemain berbakat.
Mereka menganggap penghijrahan Dembele ke Lyon dipengaruhi oleh pihak tertentu dan Celtic melakukan kesilapan tanpa mengambil kira kedudukan semasa kelab itu. – Agensi