Home Dunia 46 orang tidak puas dengan sistem pendidikan ditahan

46 orang tidak puas dengan sistem pendidikan ditahan

Polis menahan 46 penunjuk perasaan yang bertindak ganas di bandar Leiyang. foto Agensi

BEIJING – Polis menahan 46 orang di bandar Leiyang selepas botol, batu bata dan mercun dilemparkan kepada pegawai-pegawai kerajaan dalam protes terhadap masalah dalam sistem pendidikan.

Dalam satu kenyataan, polis Leiyang di wilayah selatan Hunan China berkata, pihaknya telah menahan beberapa orang kerana mengganggu ketenteraman awam dan merosakkan kemudahan polis semasa protes di luar sebuah balai polis lewat pada hari Sabtu.

Orang ramai marah atas kesulitan mendaftarkan anak-anak mereka di sekolah awam, melakukan protes berhampiran enam sekolah dan bangunan kerajaan dan menyekat jalan, kata polis.

Para penunjuk perasaan telah membuat aduan kepada Datuk Bandar Leiyang Li Xiangyang di bangunan kerajaan, sebelum bergerak ke balai polis, yang mana barang-barang dilemparkan dan dibuang, mencederakan lebih daripada 30 polis dan merosakkan kenderaan pasukan keselamatan itu, kata polis.

Seramai 46 orang ditahan, termasuk seorang penjaga kanak-kanak. – MalaysiaGazette